Khamis

Tips Jimat Tenaga Elektrik

Penggunaan tenaga elektrik zaman ini ibarat isi dan kuku dalam kehidupan seharian. Tanpa elektrik, boleh kata hampir semua kerja akan tergendala. Baik kerja-kerja rumah mahupun urusan pejabat.

Tenaga elektrik sememangnya memudahkan kerja malah memberikan keselesaan kepada generasi moden. Pemanas air contohnya diperlukan untuk mandi. Penyaman udara pula membolehkan anda melakukan kerja ataupun berehat dengan lebih selesa.

Namun, sebagai insan yang bersyukur, anda perlu menggunakan elektrik dengan bijaksana. Gunakannya dengan cekap dan penuh hemah. Usahlah membazir sesuka hati bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan.


Bagi mengelakkan anda menggunakan tenaga elektrik secara berlebihan, sila jadikan beberapa tips jimat elektrik berikut sebagai panduan:-


1. Pastikan anda mematikan semua suis peralatan elektrik dan lampu jika ia tak diperlukan.

2. Pengaliran udara yang baik dan lancar dalam rumah boleh menyejukkan ruang. Secara tak langsung, anda boleh mengurangkan penggunaan kipas atau "air cond".

3. Pilihlah lampu jimat tenaga kerana ia boleh menjimatkan tenaga sehingga 80%.

4. Penggunaan cahaya juga haruslah efektif. Semasa membaca, anda gunakanlah cahaya yang terang. Jika senang menonton tv atau dvd, pasanglah lampu yang malap (dimmer).

5. Kalau nak jimat lagi, pakai lampu kalimantang (fluorescent) sebagai ganti kepada lampu pijar (incandescent).

6. Gunakan kadar watt yang rendah pada kawasan tertentu. Contohnya di koridor, tangga dan stor. Sebab cahaya diperlukan sekadar untuk menerangi tempat-tempat sebegitu. Tak perlulah anda guna terlebih tenaga di situ.


Sebagai pengenalan, cukuplah 6 tips di atas. Ada patut berubah jika selama ini sering menggunakan tenaga elektrik secara berlebihan. Jimatkan tenaga demi kebaikan semua.

0 comments:

Catat Ulasan