Cuba senaraikan barangan elektrik yang ada kat rumah anda? Mesin basuh, peti sejuk dan penyaman udara. Ini hanyalah sebahagian saja. Tentu banyak lagi peralatan lain yang anda miliki.
Dipendekkan cerita, jika penggunaan peralatan elektrik ini tak dikawal dengan baik, bil elektrik pasti melambung tinggi. Boleh sakit jantung dibuatnya.
Bagi mengelakkan bil elektrik melambung, tips berikut sesuai untuk anda:-
1. Mesin Basuh
~ Basuh pakaian sesuai dengan kapasiti mesin basuh anda.
~ Elakkan muatan yang berlebihan untuk mengelakkan mesin terpaksa bekerja keras.
~ Walau begitu, kapasiti pakaian yang dimasukkan mestilah penuh. Elakkan tabiat suka basuh pakaian sikit-sikit. Sebabnya, penggunaan tenaga tetap sama.
~ Jika mesin bekerja keras, hayatnya lebih pendek. Dalam erti kata lain, ia cepat rosak.
~ Kalau boleh, gunakan fungsi pengering bila perlu saja. Lebih baik akan keringkan pakaian gunakan sumber semulajadi iaitu cahaya matahari.
~ Jika takut pakaian cepat pudar, elakkan jemur secara terus di bawah sinaran mentari.
2. Penyaman Udara
~ Kalau anda baru bercadang nak pasang, pastikan ia bersesuaian dengan keluasan sesuatu ruang.
~ Setkan suhu yang sesuai iaitu di antara 22 - 24 darjah Celsius.
~ Jika suhu terlalu rendah, ia bermakssud anda memaksa penyaman udara bekerja lebih keras.
~ Ruang sekeliling yang diliputi olehnya juga mesti tertutup rapat agar suhu persekitaran ruang dapat dikekalkan.
~ Lakukan penyelenggaraan berkala terhadapnya. Paling ideal ialah 3 bulan sekali.
~ Penyelenggaraan berkala bertujuan mengekalkan tahap kesejukannya serta memanjangkan hayat komponen seperti kompresor.
3. Peti Sejuk
~ Sama macam "air cond", pilih peti sejuk yang sesuai ikut keperluan anda dan keluarga.
~ Kalau pilih kapasiti yang besar, penggunaan tenaga elektrik juga adalah tinggi.
~ Elakkan dan berhenti tabiat suka buka tutup peti sejuk. Ini bagi menghindari keluarnya udara dingin.
~ Masakan yang masih panas jangan dimasukkan terus ke dalam peti sejuk.
~ Sejukkanlah ia dulu sehingga mencapai suhu ruang persekitaran. Kemudian, barulah dimasukkan dalam peti ais.
~ Peti ais yang cekap tenaga adalah pilihan bijak kerana ia mampu jimat elektrik sehingga 25%.
Buat sementara waktu, cukup sekadar tips jimat untuk 3 peralatan dahulu. Lain masa dan lain ketika, saya akan cuba kongsi perkakasan lain pula.
0 comments:
Catat Ulasan